JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-5:2017]
Kod CUA016-002-5:2017-C07
CompetencyCore
Tajuk CUPENGAPLIKASIAN PENEMUAN TEKNOLOGI
Penerangan CUPengaplikasian Penemuan Teknologi (Tanaman Fertigasi) ialah aktiviti penambahbaikan dengan menggunapakai penemuan hasil penyelidikan dan inovasi di dalam industri pertanian fertigasi.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (MyGap), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah menyemak maklumat teknologi untuk tanaman fertigasi, kertas cadangan pengaplikasian penemuan teknologi, melaksanakan aplikasi penemuan teknologi, memantau keberkesanan pelaksanaan teknologi fertigasi semasa dan melaporkan kemajuan pengaplikasian teknologi fertigasi semasa mengikut Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (MyGap), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini ialah pelaksanaan kaedah atau sistem pemprosesan yang baru atau yang ditambahbaik menggunakan penemuan hasil penyelidikan dan inovasi terkini bagi memperoleh hasil tuaian yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan130
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam pelaksanaan kaedah atau sistem pemprosesan yang baru atau yang ditambahbaik menggunakan penemuan hasil penyelidikan dan inovasi terkini bagi memperoleh hasil tuaian yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan boleh:- 1) Semak maklumat teknologi untuk tanaman fertigasi 2) Sediakan kertas cadangan pengaplikasian penemuan teknologi 3) Laksanakan aplikasi penemuan teknologi 4) Pantau aplikasi hasil teknologi fertigasi semasa 5) Nilai keberkesanan pelaksanaan teknologi fertigasi semasa 6) Laporkan kemajuan pengaplikasian teknologi fertigasi semasa
Pra-Syarat0