JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN TERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-001-5:2017]
Kod CUA032-001-5:2017-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPengurusan Pentadbiran Audit Dalaman Ladang Akuakultur
Penerangan CUPengurusan pentadbiran audit dalaman ladang akuakultur merupakan aktiviti mengurus integriti perjalanan harian sebuah projek ternakan akuakultur air tawar. Sebuah projek yang tidak mempunyai integrity akan hancur dengan mudah, untuk itu system audit yang berkesan perlu di adakan bagi memastikan berjalan dengan sempurna tanpa penyelewengan.

Mereka yang berketrampilan dalam pengurusan pentadbiran audit dalaman ladang akuakultur mesti boleh kenalpasti keperluan audit dalaman, sediakan dokumen dan rekod untuk di audit, laksanakan kerja-kerja audit dan lakukan sesi pembentangan dan koordinasi audit luaran.

Hasil dari ketrampilan ini sebuah projek ternakan akuakultur yang yang mematuhi system pentadbiran yang betul dapat dihasilkan dan sentiasa diurus mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP).

Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranPersonel yang telah trampil dalam pengurusan pentadbiran audit dalaman ladang akuakultur berkebolehan mengurus sebuah projek ternakan akuakultur dengan mematuhi system pentadbiran yang telah ditetapkan dan Amalan Pertanian Baik (MyGAP). Setelah menyempurnakan unit kompitensi ini, pelatih pelatih mesti boleh:-
1. Kenalpasti keperluan audit dalaman
2. Sediakan dokumen dan rekod untuk di audit
3. Laksanakan kerja-kerja audit
4. Lakukan sesi pembentangan
5. Koordinasi audit luaran
Pra-Syarat0