JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN TERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-001-5:2017]
Kod CUA032-001-5:2017-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPengurusan Kualiti Dan Standard Ladang Akuakultur
Penerangan CUPengurusan kualiti dan standard ladang akuakultur merupakan aktiviti mengurus sebuah projek ternakan akuakultur air tawar yang berkualiti dan mempunyai standard yang diiktiraf oleh agensi pengeluar piawaian standard. Projek ini mestilah sentiasa mengekalkan kualiti dan standard dan bersedia di nilai dari masa ke semasa berkaitan kualiti dan standardnya.

Mereka yang berketrampilan dalam pengurusan kualiti dan standard ladang akuakultur mesti boleh kenalpasti keperluan kualiti dan standard ladang akuakultur, laksanakan aktiviti peningkatan kualiti dan standard, pantau penguatkuasaan aktiviti peningkatan kualiti dan standard dan bentang laporan pengurusan kualiti dan standard ladang akuakultur.

Hasil dari ketrampilan ini sebuah projek ternakan akuakultur yang mempunyai amalan harian dan menghasilkan produk berkualiti dan mendapat pengiktirafan standard dapat dihasilkan dan mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP).
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranPersonel yang telah trampil dalam pengurusan kualiti dan standard ladang akuakultur berkebolehan mengurus sebuah projek ternakan akuakultur yang mempunyai amalan harian dan menghasilkan produk berkualiti dan mendapat pengiktirafan standard serta mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP). Setelah menyempurnakan unit kompitensi ini, pelatih pelatih mesti boleh:-
1. Kenalpasti keperluan kualiti dan standard ladang akuakultur
2. Laksanakan aktiviti peningkatan kualiti dan standard
3. Pantau penguatkuasaan aktiviti peningkatan kualiti dan standard
4. Bentang laporan pengurusan kualiti dan standard ladang akuakultur
Pra-Syarat0