JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN TERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-001-5:2017]
Kod CUA032-001-5:2017-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPenyelidikan Dan Pembangunan Akuakultur
Penerangan CUPenyelidikan dan pembangunan akuakultur merupakan aktiviti sepanjang masa bagi penambahbaikan projek ternakan akuakultur air tawar. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan ini akan menjadikan projek ternakan ini sentiasa mencari teknologi baru sambil membuat innovasi kepada aktiviti hariannya bagi memastikan perniagaan ini sentiasa berdaya maju.

Mereka yang berketrampilan dalam penyelidikan dan pembangunan akuakultur mesti boleh kenalpasti keperluan penyelidikan dan pembangunan akuakultur, lakukan kajian projek, lakukan aktiviti innovasi dan laksanakan pembangunan projek.

Hasil dari ketrampilan ini sebuah projek ternakan akuakultur air tawar yang berdaya maju dengan sentiasa bersedia kepada perubahan teknologi dan innovasi terkini dapat dihasilkan sambil mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP) dapat dihasilkan
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranPersonel yang telah trampil dalam penyelidikan dan pembangunan akuakultur berkebolehan merekacipta teknologi dan innovasi terkini bagi projek ternakan akuakultur air tawar yang berdaya maju dengan mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP). Setelah menyempurnakan unit kompitensi ini, pelatih pelatih mesti boleh:-
1. Kenalpasti keperluan penyelidikan dan pembangunan akuakultur
2. Lakukan kajian projek
3. Lakukan aktiviti innovasi
4. Laksanakan pembangunan projek
5. Daftar hak cipta terpelihara
Pra-Syarat0