JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-5:2017]
Kod CUA016-002-5:2017-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN TEKNOLOGI DAN STRATEGI PASCA TUAI
Penerangan CUPengurusan Teknologi dan Strategi Pasca Tuai ialah perancangan teknologi bagi proses hasil tuaian bermula dari pengasingan, pembersihan dan penggredan, rawatan pembungkusan, penyimpanan dan strategi penjenamaan dan pemasaran hasil tanaman. Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (MyGap), tatacara operasi standard, kaedah dan teknologi pengendalian pasca tuai, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah merancang teknologi pengasingan, pembersihan dan penggredan hasil tanaman, teknologi rawatan hasil tanaman, teknologi pembungkusan hasil tanaman, strategi penjenamaan dan pemasaran hasil tanaman, teknologi penyimpanan hasil tanaman dan menyediakan laporan keseluruhan pengurusan pasca tuai mengikut Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (MyGap), tatacara operasi standard, kaedah dan teknologi pengendalian pasca tuai, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi. Hasilan dari kompetensi ini adalah untuk mengeluarkan hasil tuaian yang berkualiti dengan kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan menggunakan teknologi terkini. Kompetensi ini dilakukan mengikut spesifikasi serta menepati Amalan Pertanian Baik (MyGap), piawaian 3P (Pengredan, Pembungkusan dan Pelabelan) dan keperluan pasaran serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan270
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam menghasilkan mengeluarkan hasil tuaian yang berkualiti dengan kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan menggunakan teknologi terkini mengikut spesifikasi serta menepati Amalan Pertanian Baik (MyGap) (MyGap), piawaian 3P (Pengredan, Pembungkusan dan Pelabelan) dan keperluan pasaran serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- 1) Rancang teknologi pengasingan, pembersihan dan penggredan hasil tanaman 2) Rancang teknologi rawatan hasil tanaman 3) Rancang teknologi pembungkusan hasil tanaman 4) Rancang strategi penjenamaan dan pemasaran hasil tanaman 5) Rancang teknologi penyimpanan hasil tanaman 6) Sedia laporan keseluruhan pengurusan pasca tuai
Pra-Syarat0