JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-5:2017]
Kod CUA016-002-5:2017-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU
Penerangan CUPengurusan Perosak Bersepadu ialah aktiviti perancangan dan pembinaan sistem pencegahan perosak selepas membuat kajian terperinci sehinggalah penilaian kesan terhadap serangan perosak serta tanaman yang dilindungi. Ia meliputi kaedah, peralatan serta bahan kimia yang digunakan agar hasil selamat kepada pengguna dan alam sekitar terpelihara.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Amalan Pertanian Baik (MyGap), tatacara operasi tanaman standard, pengurusan perosak bersepadu, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah merancang aktiviti pengurusan perosak bersepadu, mengurus surveillance dan diagnostik tanaman, menilai keberkesanan aktiviti surveillance terhadap musuh tanaman, menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti kawalan musuh tanaman dan menyediakan laporan pengurusan perosak bersepadu mengikut Amalan Pertanian Baik (MyGap), tatacara operasi tanaman standard, pengurusan perosak bersepadu, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasil unit kompetensi ini ialah pengawalan musuh dan perosak tanaman secara selamat dan lestari agar hasil tanaman dapat dimaksimumkan tanpa kesan-kesan pencemaran terhadap makanan dan alam sekitar.
Tempoh Latihan360
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam pengawalan musuh dan perosak tanaman secara selamat dan lestari agar hasil tanaman dapat dimaksimumkan tanpa kesan-kesan pencemaran terhadap makanan dan alam sekitar. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan boleh:- 1) Rancang aktiviti pengurusan perosak bersepadu 2) Urus surveillance dan diagnostik tanaman 3) Nilai keberkesanan aktiviti surveillance terhadap musuh tanaman 4) Nilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti kawalan musuh tanaman 5) Sediakan laporan pengurusan perosak bersepadu
Pra-Syarat0