JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN TERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-001-5:2017]
Kod CUA032-001-5:2017-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN RISIKO LADANG TERNAKAN AKUAKULTUR
Penerangan CUPengurusan risiko ladang ternakan akuakultur merupakan suatu kemahiran penting dalam mengendali risiko yang sentiasa mengancam projek ternakan akuakultur. Risiko risiko ini biasanya tidak boleh dihalang namun ianya boleh diurus bagi menjadikan kesannya tidak terlalu besar dan merbahaya kepada perniagaan ternakan akuakultur.
Mereka yang berketrampilan dalam pengurusan risiko ladang ternakan akuakultur mesti boleh kenalpasti jenis risiko perniagaan dan ternakan akuakultur, analisis faktor dan punca risiko, urus risiko perniagaan dan ternakan akuakultur dan bentanglaporan pengurusan risiko ladang ternakan akuakultur.

Hasil dari ketrampilan ini sebarang risiko kepada projek ternakan akuakultur dapat dikendalikan dengan baik dan kesan bahayanya dapat dikurangkan mengikut Amalan Pertanian Baik (MyGAP).



Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranPersonel yang telah trampil dalam pengurusan risiko ladang ternakan akuakultur berkebolehan mengurus dengan baik sebarang risiko keatas projek ternakan akuakultur supaya bahayanya dapat dikurangkan mengikut Amalan Pertanian Baik (MyGAP). Setelah menyempurnakan unit kompitensi ini, pelatih pelatih mesti boleh:-
1. Kenalpasti jenis risiko perniagaan dan ternakan akuakultur
2. Analisis faktor dan punca risiko
3. Urus risiko perniagaan dan ternakan akuakultur
4. Bentanglaporan pengurusan risiko ladang ternakan akuakultur
Pra-Syarat0