JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-5:2017]
Kod CUA016-002-5:2017-C04
CompetencyCore
Tajuk CU PENGURUSAN INVENTORI SISTEM FERTIGASI
Penerangan CUPengurusan Inventori Sistem Fertigasi ialah aktiviti pengurusan sistem inventori, perolehan, bahan dan peralatan serta pelupusan aset yang terancang, efisyen, sistematik dan selamat di ladang fertigasi.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa, tatacara operasi standard untuk pengurusan inventori serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah merancang sistem keselamatan inventori ladang, merancang pengurusan bahan dan peralatan sistem fertigasi, merancang perolehan bahan dan peralatan sistem fertigasi dan merancang pelupusan aset ladang mengikut Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini ialah pengurusan inventori yang terancang, efisyen, sistematik dan selamat di ladang fertigasi bagi memaksimumkan keuntungan hasil ladang dan meminimumkan kerugian kepada organisasi.
Tempoh Latihan140
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam pengurusan inventori yang terancang, efisyen, sistematik dan selamat di ladang fertigasi bagi memaksimumkan keuntungan hasil ladang dan meminimumkan kerugian kepada organisasi. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan boleh:- 1) Rancang sistem keselamatan inventori ladang 2) Rancang pengurusan bahan dan peralatan sistem fertigasi 3) Rancang perolehan bahan, peralatan sistem fertigasi, kenderaan dan jentera ladang 4) Rancang pelupusan aset ladang
Pra-Syarat0