JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-5:2017]
Kod CUA016-002-5:2017-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN PEMBAJAAN FERTIGASI
Penerangan CUPengurusan Pembajaan Fertigasi ialah aktiviti untuk menguruskan aktiviti pembajaan di ladang fertigasi bermula dengan perancangan keperluan nutrien, pengagihan larutan nutrien kepada tanaman, tindakan pemulihan (jika perlu) dan penyediaan formulasi nutrien mengikut jenis, cuaca dan kesesuaian peringkat tanaman. Formulasi, teknik dan penjadualan pembajaan yang tepat untuk memperoleh hasil tanaman yang bermutu tinggi, menjimatkan kos operasi dan mampu mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar serta membolehkan hasil dipasarkan mengikut jadual.
Individu yang berketerampilan mampu memahami Amalan Pertanian Baik (MyGap), tatacara operasi tanaman standard, formulasi nutrien, teknik penyediaan larutan nutrien, teknik dan jadual pembajaan, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.
Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah merancang keperluan nutrien,menyemak pengagihan larutan nutrien tanaman, tindakan pemulihan pengagihan nutrien dan menyediakan formulasi nutrien tanaman fertigasi mengikut Amalan Pertanian Baik (MyGap), tatacara operasi tanaman standard, formulasi nutrien, teknik penyediaan larutan nutrien, teknik dan jadual pembajaan, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini adalah penghasilan fomula baja yang tepat kepada tanaman dan selamat kepada alam sekitar bagi memperoleh hasil tanaman yang berkualiti dengan kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan secara berterusan. Kompetensi ini dilaksanakan mengikut spesifikasi serta menepati Amalan Pertanian Baik (MyGap) dan keperluan pasaran serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan270
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam menghasilkan fomula baja yang tepat kepada tanaman dan selamat kepada alam sekitar bagi memperoleh hasil tanaman yang berkualiti dengan kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan secara berterusan mengikut spesifikasi serta menepati Amalan Pertanian Baik (MyGap) dan keperluan pasaran serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan boleh:- 1) Rancang keperluan nutrien 2) Urus pengagihan larutan nutrien tanaman 3) Arahkan tindakan pemulihan pengagihan nutrien 4) Sedia formulasi nutrien tanaman fertigasi
Pra-Syarat0