JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-5:2017]
Kod CUA016-002-5:2017-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN PENANAMAN FERTIGASI
Penerangan CUPengurusan Penanaman Fertigasi ialah aktiviti penanaman tanaman berskala komersil yang dimulakan dengan perancangan jenis tanaman sehingga penuaian mengikut jadual penanaman yang bersistematik dengan kos pengendalian yang efektif serta menepati keperluan pasaran tempatan dan antarabangsa.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (MyGap), tatacara operasi tanaman standard, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa, keperluan pelanggan tempatan atau eksport serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah merancang jenis tanaman, merancang aktiviti penjagaan tanaman, kos pengeluaran tanaman, mengurus mekanisasi ladang kawasan tanaman, risiko ladang fertigasi dan aktiviti penuaian hasil tanaman mengikut Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (MyGap), tatacara operasi tanaman standard, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa, keperluan pelanggan tempatan atau eksport serta polisi organisasi. Hasilan unit kompetensi ini ialah untuk membolehkan pengurusan penanaman yang sistematik, efisyen dan selamat bagi memperoleh hasil tanaman yang berkualiti dengan kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan secara berterusan. Kompetensi ini dilaksanakan mengikut spesifikasi serta menepati Amalan Pertanian Baik (MyGap) dan keperluan pasaran serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan360
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah membolehkan pengurusan penanaman yang sistematik, efisyen dan selamat bagi memperoleh hasil tanaman yang berkualiti dengan kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan secara berterusan mengikut spesifikasi serta menepati Amalan Pertanian Baik (MyGap) dan keperluan pasaran serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan boleh:- 1) Rancang jenis tanaman 2) Rancang aktiviti penjagaan tanaman 3) Rancang kos pengeluaran tanaman 4) Kawal perbelanjaan 5) Urus mekanisasi ladang 6) Urus kawasan tanaman 7) Laksanakan pengurusan risiko ladang fertigasi 8) Urus aktiviti penuaian hasil tanaman
Pra-Syarat0