JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-5:2017]
Kod CUA016-002-5:2017-C01
CompetencyCore
Tajuk CU PEMBINAAN INFRASTRUKTUR FERTIGASI
Penerangan CUPengurusan Pembinaan Infrastruktur Fertigasi ialah aktiviti untuk membangunkan infrastruktur seperti Struktur Pelindung Hujan (SPH), sistem pengairan fertigasi, sistem saliran dan bangunan kemudahan/ rumah operasi yang diperlukan untuk aktiviti perladangan fertigasi. Kerja-kerja pembinaan bermula dari rekabentuk sehingga selesai diuji penggunaannya dengan mengambil kira aspek keperluan pertanian dan keselamatan infrastruktur tersebut. Individu yang berketerampilan mampu memahami Amalan Pertanian Baik (MyGap), spesifikasi infrastruktur, pelan pembinaan infrastruktur, pelan susun atur ladang, tatacara operasi standard ladang, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi. Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah merancang pembinaan infrastruktur fertigasi, merekabentuk Struktur Pelindung Hujan (SPH), sistem pengairan fertigasi, sistem saliran, bangunan kemudahan/ rumah operasi dan menguruskan kerja pembinaan infrasruktur sistem fertigasi mengikut Amalan Pertanian Baik (MyGap), spesifikasi infrastruktur, pelan pembinaan infrastruktur, pelan susun atur ladang, tatacara operasi standard ladang, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini ialah infrastruktur ladang fertigasi yang lengkap, sistematik, efisyen dan selamat bagi memperoleh hasil tanaman yang berkualiti dengan kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan secara berterusan. Kompetensi ini dilaksanakan mengikut spesifikasi serta menepati Amalan Pertanian Baik (MyGap) dan keperluan pasaran serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan270
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam menghasilkan infrastruktur ladang fertigasi yang lengkap, sistematik, efisyen dan selamat bagi memperoleh hasil tanaman yang berkualiti dengan kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan secara berterusan mengikut spesifikasi serta menepati Amalan Pertanian Baik (MyGap) dan keperluan pasaran serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan boleh:- 1) Rancang pembinaan infrastruktur fertigasi 2) Rekabentuk Struktur Pelindung Hujan (SPH) 3) Rekabentuk sistem pengairan fertigasi 4) Rekabentuk sistem saliran • Rekabentuk bangunan/kemudahan operasi 5) Uruskan kerja pembinaan infrasruktur sistem fertigasi
Pra-Syarat0