JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN [A032-002-4:2018]
Kod CUA032-002-4:2018-E04
CompetencyElektif
Tajuk CUPENYEDIAAN CADANGAN PROJEK AKUAKULTUR MARIN (RAWAI)
Penerangan CUPenyediaan cadangan projek akuakultur marin (rawai) merupakan proses penting dalam industri ternakan akuakultur. Cadangan yang lengkap, menyeluruh dan dengan informasi terkini adalah sangat membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang betul. Cadangan yang lengkap ini membolehkan pihak pengurusan menyediakan pelan perniagaan bagi projek ternakan akuakultur marin (rawai).

Mereka yang berketrampilan dalam penyediaan cadangan projek akuakultur mesti boleh untuk tentukan keperluan projek ternakan akuakultur marin (rawai), buat kajian berkaitan kesesuaian tapak projek, buat cadangan pelan susunatur infrastruktur ladang, tentukan keperluan sumber manusia, automasi, mekanisasi dan peralatan, rancang jadual perlaksanaan projek, buat anggaran bajet projek dan buat kertas cadangan projek akuakultur.

Hasil dari ketrampilan ini, sebuah kertas cadangan bagi projek ternakan akuakultur marin yang menarik, teliti dan lengkap dapat dihasilkan bagi kegunaan untuk memulakan projek baru, pembesaran projek, memohon kemudahan pinjaman atau bantuan daripada agensi perbankan dan awam berdasarkan Amalan Akuakultur Baik (MyGAP).
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah personel yang telah trampil dalam penyediaan cadangan projek akuakultur bagi projek ternakan akuakultur marin mampu menyediakan kertas cadangan yang menarik, teliti dan lengkap bagi tujuan memulakan projek baru, pembesaran projek, kemudahan pinjaman atau bantuan dari pada agensi perbankan dan awam amalan Akuakultur baik (MyGAP).

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Tentukan keperluan projek ternakan akuakultur marin
2. Buat kajian berkaitan kesesuaian tapak projek
3. Buat cadangan pelan susunatur infrastruktur ladang
4. Tentukan keperluan sumber manusia, automasi, mekanisasi dan peralatan
5. Rancang jadual perlaksanaan projek
6. Buat anggaran bajet projek
7. Buat kertas cadangan projek akuakultur
Pra-Syarat0