JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN [A032-002-4:2018]
Kod CUA032-002-4:2018-C07
CompetencyCore
Tajuk CUPERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN LADANG AKUAKULTUR MARIN
Penerangan CUPerkhidmatan pentadbiran dan kewangan ladang akuakultur marin merupakan proses memperkasakan urustadbir bahagian pentadbiran dan kewangan projek ternakan akuakultur marin. Bahagian pentadbiran dan kewangan merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dimana pengurusan sumber manusia, perakaunan, pembelian dan jualan serta hubungan pelanggan di rancang dan digerakkan.
Mereka yang berketrampilan dalam perkhidmatan pentadbiran dan kewangan ladang akuakultur mesti boleh menyediakan carta organisasi dan carta alir perkhidmatan syarikat, tadbir urusan perolehan/pembelian (procurement) syarikat, tadbir rekod inventori, tadbir sistem perfailan dan maklumat syarikat, selia pengurusan kewangan syarikat, tadbir rekod sumber manusia, tadbir pembangunan latihan kakitangan dan tadbir hubungan antara industri dan masyarakat.

Hasil dari ketrampilan ini ialah sebuah urustadbir kepada perkhidmatan sumber manusia, kewangan, jualbeli, perolehan dan perkhidmatan hubungan pelanggan yang berkesan dan cemerlang dapat di laksanakan berdasarkan Amalan Akuakultur Baik (MyGAP) dan ISO-MS
Tempoh Latihan140
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah personel yang telah trampil dalam perkhidmatan pentadbiran ladang akuakultur berkebolehan mengurus perkhidmatan sumber manusia, kewangan, jualbeli, perolehan dan perkhidmatan hubungan pelanggan dengan berkesan dan cemerlang berdasarkan ISO-MS Amalan dan Akuakultur Baik (MyGAP).

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Sediakan carta organisasi syarikat dan carta alir perkhidmatan
2. Tadbir urusan perolehan/pembelian (procurement) syarikat
3. Tadbir rekod inventori
4. Tadbir sistem perfailan dan maklumat syarikat
5. Selia pengurusan kewangan syarikat
6. Tadbir rekod sumber manusia
7. Tadbir pembangunan latihan kakitangan
8. Tadbir hubungan industri dan masyarakat (CSR)
Pra-Syarat0