JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN [A032-002-4:2018]
Kod CUA032-002-4:2018-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPENTADBIRAN JUALAN DAN PENGEDARAN PRODUK AKUAKULTUR MARIN
Penerangan CUPentadbiran jualan dan pengedaran produk akuakultur marin merupakan urustadbir kepada aktiviti jualan produk ternakan akuakultur marin. Aktiviti ini melibatkan kaedah konvensional dan E-dagang yang semakin popular sekarang. Aktiviti jualan dan pengedaran yang baik dan tersusun akan menjadikan produk ternakan dapat dipasarkan dengan sempurna dan membantu penternak meningkatkan jumlah jualan.
Mereka yang berketrampilan dalam jualan dan pengedaran mesti boleh menentukan keperluan jualan dan pengedaran produk, merancang aktiviti jualan dan pengedaran, mengurustadbir aktiviti jualan dan pengedaran dan menyediakan laporan aktiviti jualan dan pengedaran.

Hasil dari ketrampilan ini ialah jualan produk ternakan akuakultur marin dapat di tingkatkan dengan adanya urustadbir yang sistematik, tersusun dan berkesan berdasarkan Amalan Akuakultur Baik (MyGAP).
Tempoh Latihan96
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah personel yang telah trampil dalam perancangan promosi akuakultur berkebolehan melakukan urustadbir promosi yang sistematik, tersusun dan berkesan bagi meningkatkan jualan produk ternakan akuakultur marin.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Tentukan keperluan jualan dan pengedaran produk
2. Rancang aktiviti jualan dan pengedaran
3. Urustadbir aktiviti jualan dan pengedaran
4. Buat laporan aktiviti jualan dan pengedaran
Pra-Syarat0