JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN [A032-002-4:2018]
Kod CUA032-002-4:2018-C05
CompetencyCore
Tajuk CUKOORDINASI PENYELENGGARAAN LADANG AKUAKULTUR MARIN
Penerangan CUKoordinasi penyelenggaraan ladang akuakultur marin merupakan proses urustadbir penyelenggaran jentera, logistik, peralatan dan keperluan ladang. Keperluan kepada jentera, logistik dan peralatan ladang yang baik adalah sangat penting maka kerana itu perancangan dan perlaksanaan aktiviti penyelenggaraannya mesti dipantau dan diurus dengan cemerlang.
Mereka yang berketrampilan dalam koordinasi penyelenggaraan ladang akuakultur mesti boleh tentukan jenis-jenis penyelenggaraan jentera, logistik, peralatan dan keperluan ladang, semak jadual penyelenggaraan jentera, logistik, peralatan dan keperluan ladang, koordinasikan penyelenggaraan jentera, logistik, peralatan dan keperluan ladang, ujilari (test run) jentera yang telah diselenggara oleh kontraktor luaran dan buat laporan penyelenggaraan jentera, logistik, peralatan dan keperluan ladang.

Hasil dari ketrampilan ini ialah sebuah projek ternakan akuakultur marin dapat beroperasi dengan baik kerana mempunyai jentera, logistik, peralatan dan keperluan ladang yang sistem penyelenggaraannya diurustadbir dengan cemerlang berdasarkan Amalan Baik Akuakultur (MyGAP).
Tempoh Latihan200
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah sebuah projek ternakan akuakultur marin yang dapat beroperasi dengan baik kerana mempunyai jentera, logistik, peralatan dan keperluan ladang dengan sistem penyelenggaraannya diurustadbir dengan cemerlang berdasarkan Amalan Baik Akuakultur (MyGAP)

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Tentukan jenis-jenis penyelenggaraan jentera, logistik, peralatan dan keperluan ladang
2. Semak jadual penyelenggaraan jentera, logistik, peralatan dan keperluan ladang
3. Koordinasikan penyelenggaraan jentera, logistik, peralatan dan keperluan ladang
4. Ujilari (test run) jentera yang telah diselenggara
5. Buat laporan penyelenggaraan jentera, logistik, peralatan dan keperluan ladang
Pra-Syarat0