JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN [A032-002-4:2018]
Kod CUA032-002-4:2018-C04
CompetencyCore
Tajuk CUURUS TADBIR SISTEM BIOSEKURITI DAN PENGIKTIRAFAN PERSIJILAN
Penerangan CUUrus tadbir sistem biosekuriti dan pengiktirafan persijilan merupakan satu keperluan kepada projek ternakan akuakultur marin. Sistem biosekuriti yang baik disediakan untuk menghalang musuh dan penyakit menyerang dari luar ke dalam ladang, dari dalam ke dalam dan dari dalam ke luar ladang. Bagi memastikan ladang telah mempraktikkan semua aspek keselamatan ini, pengiktirafan dari agensi dan badan yang mengeluarkan sijil perlu didapatkan.

Mereka yang berketrampilan dalam urus tadbir sistem biosekuriti dan pengiktirafan persijilan mesti boleh melakukan analisis status semasa pematuhan ladang, selia sistem kawalan bagi memenuhi biosekuriti dan persijilan ladang, tadbir program pengiktirafan ladang dan beri taklimat kepada pengurusan berkaitan urustadbir pengiktirafan dan sistem biosekuriti. Hasil dari ketrampilan ini sebuah ladang ternakan akuakultur marin yang mempunyai struktur keselamatan yang tinggi dan diiktiraf oleh agensi pengiktiran piawaian dapat di hasilkan menepati kehendak MyGAP.
Tempoh Latihan140
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah personel yang telah trampil dalam urus tadbir pengiktirafan persijilan dan sistem biosekuriti berkebolehan mengurus sebuah projek akuakultur yang mempunyai struktur keselamatan yang tinggi dan diiktiraf oleh agensi pengiktiran piawaian serta menepati kehendak MyGAP.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Analisis status semasa pematuhan ladang
2. Selia sistem kawalan bagi memenuhi biosekuriti dan persijilan ladang
3. Tadbir program pengiktirafan ladang
4. Beri taklimat kepada pengurusan berkaitan urustadbir pengiktirafan dan sistem biosekuriti
Pra-Syarat0