JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN [A032-002-4:2018]
Kod CUA032-002-4:2018-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENTADBIRAN OPERASI AKUAKULTUR MARIN
Penerangan CUPentadbiran operasi akuakultur marin merupakan aktiviti harian dalam urustadbir tumbesaran ternakan akuakultur. Operasi ternakan yang sempurna dan sistematik dengan pemantauan yang betul mesti meliputi hal ehwal pemakanan, kesihatan dan tuaian ternakan yang terurus bagi mengelakkan sebarang salah kendalian (wrong handling) yang membawa kepada kerugian.
Mereka yang berketrampilan dalam pentadbiran operasi akuakultur mesti boleh analisis laporan status ternakan, analisis laporan pengurusan makanan ternakan, analisis laporan pengurusan kesihatan ternakan, periksa laporan senggaraan tempat ternakan/kemudahan ternakan, periksa laporan tuaian hasil, analisis laporan jualan hasil tuaian ternakan dan beri taklimat kepada pengurusan berkaitan pentadbiran operasi ternakan akuakultur.

Hasil dari ketrampilan ini ialah sebuah projek akuakultur yang mempunyai urustadbir operasi yang cemerlang dapat dihasilkan dengan segala aktiviti hariannya menepati Amalan Akuakultur Baik (MyGAP).
Tempoh Latihan96
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah Personel yang telah trampil dalam pentadbiran operasi akuakultur berkebolehan mengurus sebuah projek akuakultur dengan urustadbir operasi yang cemerlang dengan segala aktiviti hariannya menepati amalan Akuakultur baik (MyGAP)

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Analisis laporan status ternakan
2. Analisis laporan pengurusan makanan ternakan
3. Analisis laporan pengurusan kesihatan ternakan
4. Periksa laporan senggaraan tempat ternakan
5. Periksa laporan tuaian hasil
6. Analisis laporan jualan hasil tuaian ternakan
7. Beri taklimat kepada pengurusan berkaitan pentadbiran operasi ternakan akuakultur
Pra-Syarat0