JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-4:2017]
Kod CUA016-002-4:2017-C08
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN PASCA TUA
Penerangan CUPengendalian Pasca Tuai ialah kompetensi kerja pengendalian hasil tuaian tanaman seperti proses pengasingan, pembersihan, pengredan, rawatan, pembungkusan, penyimpanan dan pengendalian logistik. Ianya dijalankan mengikut tatacara yang digariskan dalam Amalan Pertanian Baik (myGAP), tatacara operasi standard, kaedah dan teknik yang sesuai mengikut jenis tanaman.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), tatacara operasi standard, kaedah dan teknik pengendalian pasca tuai keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah selaraskan kerja pengasingan, penyucian, penggredan, kerja rawatan,kerja pembungkusan dan penyimpanan hasil tuaian, pantau aktiviti pengendalian logistik dan sediakan rekod keseluruhan pengendalian pasca tuai mengikut spesifikasi, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa (FAMA), keperluan pelanggan serta polisi organisasi.

Hasil unit kompetensi ini adalah untuk mengeluarkan hasil tuaian yang berkualiti dengan kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut spesifikasi serta menepati Amalan Pertanian Baik (myGAP) dan keperluan pasaran serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam memastikan pengeluaran hasil tuaian yang berkualiti dengan kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut spesifikasi serta menepati Amalan Pertanian Baik dan keperluan pasaran serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan boleh:- 1) Selaraskan kerja pengasingan dan pembersihan hasil tuaian 2) Selaraskan kerja penggredan hasil tuaian 3) Selaraskan kerja rawatan hasil tuaian 4) Selaraskan kerja pembungkusan 5) Selaraskan aktiviti penyimpanan 6) Pantau aktiviti pengendalian logistik 7) Sedia laporan keseluruhan pengendalian pasca tuai
Pra-Syarat0