JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-4:2017]
Kod CUA016-002-4:2017-C07
CompetencyCore
Tajuk CUPEMANTAUAN KESELAMATAN PEKERJA, KAWASAN DAN ASET LADANG
Penerangan CUPemantauan Keselamatan Pekerja, Kawasan Dan Aset Ladang ialah aktiviti yang memastikan keselamatan pekerja, kawasan dan aset ladang mengikut peruntukan akta seperti akta makanan, racun makhluk perosak, keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA), alam sekitar dan Amalan Pertanian Baik (myGAP).

Individu yang berketerampilan mampu memahami Amalan Pertanian Baik (myGAP), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa (akta, panduan dan manual) serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah memantau keselamatan pekerja menepati keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA), pematuhan Amalan Pertanian Baik (myGAP), pantau keselamatan aset ladang dan sediakan pelan tindakan pencegahan dan langkah penambahbaikan kerosakan akibat bencana/ insiden luar jangka dan sediakan laporan pemantauan keselamatan pekerja, kawasan dan aset ladang. Aktiviti-aktiviti ini mengikut Amalan Pertanian Baik (myGAP), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa (akta, panduan dan manual) serta polisi organisasi.


Hasil unit kompetensi ini ialah faktor keselamatan yang dipantau dengan sistematik dan berterusan bagi memastikan pekerja dan aset ladang dilindungi daripada sebarang kemalangan dan kerugian.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam memastikan faktor keselamatan yang dipantau dengan sistematik dan berterusan bagi memastikan pekerja dan aset ladang dilindungi daripada sebarang kemalangan dan kerugian. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan boleh:- 1) Pantau keselamatan pekerja ladang 2) Pantau pematuhan Amalan Pertanian Baik (myGAP) 3) Pantau keselamatan aset ladang 4) Sediakan pelan tindakan pencegahan dan langkah penambahbaikan kerosakan akibat bencana/ insiden luar jangka 5) Sediakan laporan pemantauan keselamatan pekerja, kawasan dan aset ladang
Pra-Syarat0