JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-4:2017]
Kod CUA016-002-4:2017-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPENYENGGARAAN INFRASTRUKTUR LADANG, PERALATAN FERTIGASI, KENDERAAN DAN JENTERA LADANG
Penerangan CUPemantauan Penyenggaraan Infrastruktur Ladang, Peralatan Fertigasi, Kenderaan dan Jentera Ladang ialah aktiviti untuk memerhatikan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih infrastruktur ladang, peralatan fertigasi, kenderaan dan jentera ladang bagi memastikan ianya dalam keadaan yang baik, berfungsi dan sedia untuk digunakan dalam aktiviti perladangan fertigasi.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Amalan Pertanian Baik (myGAP), tatacara operasi standard keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah memantau penyenggaraan infrastruktur ladang fertigasi termasuk penyelengaraan SPH, bilik sejuk, peralatan sistem fertigasi, sistem pengairan fertigasi, kenderaan dan jentera ladang dan mengatur aktiviti baik pulih SPH, bilik sejuk, peralatan, sistem pengairan, kenderaan dan jentera ladang mengikut spesifikasi, Amalan Pertanian Baik (myGAP), tatacara operasi standard keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasil dari kompetensi ini ialah untuk memastikan infrastruktur ladang, peralatan fertigasi, kenderaan dan jentera ladang dalam keadaan yang baik, mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, dapat berfungsi dan sentiasa sedia untuk digunakan dalam aktiviti perladangan fertigasi.
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam memastikan infrastruktur ladang, peralatan fertigasi, kenderaan dan jentera ladang dalam keadaan yang baik, mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, dapat berfungsi dan sentiasa sedia untuk digunakan dalam aktiviti perladangan fertigasi. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan boleh:- 1) Pantau penyenggaraan Struktur Pelindung Hujan (SPH) 2) Pantau penyenggaraan bilik sejuk 3) Pantau penyenggaraan peralatan sistem fertigasi 4) Pantau penyenggaraan sistem pengairan dan saliran fertigasi 5) Pantau penyenggaraan kenderaan dan jentera ladang 6) Laksanakan penyelenggaraan inventori sistem fertigasi
Pra-Syarat0