JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-4:2017]
Kod CUA016-002-4:2017-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPENGAWALAN MUSUH TANAMAN
Penerangan CUPengawalan Musuh Tanaman ialah aktiviti untuk memastikan ladang bebas dari serangan musuh dan perosak tanaman. Corak dan tempat tinggal musuh dan perosak dikenalpasti serta dimusnahkan sebelum kerja pembasmian dan pengawalan diaktifkan.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Amalan Pertanian Baik (myGAP), tatacara operasi tanaman standard, manual pengurusan serangga perosak dan penyakit, pengurusan perosak bersepadu, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah melaksanakan surveillance dan diagnostik tanaman, memantau kehadiran musuh tanaman, keberkesanan pelaksanaan aktiviti kawalan musuh tanaman dan menyediakan laporan pengawalan musuh tanaman mengikut Amalan Pertanian Baik (myGAP), tatacara operasi tanaman standard, manual pengurusan serangga perosak dan penyakit, pengurusan perosak bersepadu, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasil unit kompetensi ini ialah musuh dan perosak tanaman dapat dihapuskan serta dicegah dari merosakkan tanaman agar hasilan tanaman dapat dimaksimumkan tanpa kesankesan pencemaran mengikut Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam memastikan musuh dan perosak tanaman dapat dihapuskan serta dicegah dari merosakkan tanaman agar hasilan tanaman dapat dimaksimumkan tanpa kesan-kesan pencemaran mengikut Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan boleh:- 1) Laksanakan surveillance dan diagnostik tanaman 2) Pantau kehadiran musuh tanaman 3) Pantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti kawalan musuh tanaman 4) Sediakan laporan pengawalan musuh tanaman
Pra-Syarat0