JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-4:2017]
Kod CUA016-002-4:2017-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGAWALAN PEMBAJAAN FERTIGASI
Penerangan CUPengawalan Pembajaan Fertigasi ialah aktiviti untuk mengawal kerja-kerja penyediaan, pengagihan larutan nutrien dan impak bahan nutrien terhadap tanaman. Teknik pembajaan dan masa penyerapan serta tindakbalas nutrien dipantau mengikut jenis dan kesesuaian peringkat tanaman.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Amalan Pertanian Baik (myGAP), tatacara operasi tanaman standard, formulasi nutrien, teknik penyediaan larutan nutrien, teknik dan jadual pembajaan serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah memantau penyediaan larutan nutrien, melaksanakan pengagihan larutan nutrien tanaman, memeriksa ketidakseimbangan nutrien dan menyediakan laporan pengawalan pembajaan fertigasi mengikut Amalan Pertanian Baik (myGAP), tatacara operasi tanaman standard, formulasi nutrien, teknik penyediaan larutan nutrien, teknik dan jadual pembajaan serta polisi organisasi.


Hasil unit kompetensi ini ialah pengagihan larutan nutrien yang menggunakan formulasi yang betul, teknik pembajaan yang berkesan mengikut jadual, jenis dan peringkat tanaman.
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam memastikan pengagihan larutan nutrien yang menggunakan formulasi yang betul, teknik pembajaan yang berkesan mengikut jadual, jenis dan peringkat tanaman. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan boleh:- 1) Pantau penyediaan larutan nutrien 2) Laksanakan pengagihan larutan nutrien tanaman 3) Periksa ketidakseimbangan nutrien 4) Sediakan laporan pengawalan pembajaan fertigasi
Pra-Syarat0