JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-4:2017]
Kod CUA016-002-4:2017-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPEMANTAUAN TANAMAN FERTIGASI
Penerangan CUPemantauan Pengeluaran Tanaman Fertigasi ialah kerjakerja pemerhatian proses pengeluaran dari masa penyediaan bahan tanaman sehingga hasil dituai. Faktorfaktor seperti perubahan cuaca dan corak tumbesaran tanaman mengikut jadual tanaman. Langkah-langkah penambahbaikkan dilakukan jika perlu.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), tatacara operasi tanaman standard, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah memantau penyediaan bahan tanaman, aktiviti semaian, tapak pengeluaran tanaman, aktiviti pendebungaan berbantu dan perubahan cuaca. Seterusnya menyediakan laporan pemantauan pengeluaran hasil tanaman. Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan mengikut Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasil unit kompetensi ini ialah tanaman yang diusahakan dapat mengeluarkan hasil yang berkualiti (seragam, jangka hayat yang panjang, indeks kematangan yang mengikut standard) dengan kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimun di dalam tempoh masa yang ditetapkan serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN).
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam membuat pemantauan tanaman yang diusahakan dapat mengeluarkan hasil yang berkualiti dengan kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimun di dalam tempoh masa yang ditetapkan serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN).Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan boleh:- 1) Pantau penyediaan bahan tanaman 2) Pantau aktiviti semaian 3) Pantau tapak pengeluaran tanaman 4) Pantau aktiviti pendebungaan berbantu 5) Pantau perubahan cuaca 6) Sediakan laporan pemantauan pengeluaran hasil tanaman
Pra-Syarat0