JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI AKUAKULTUR MARIN [A032-002-3:2017]
Kod CUA032-002-3:2017-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENENTUAN KESESUAIAN TAPAK AKUAKULTUR MARIN
Penerangan CUPenentuan Kesesuaian Tapak Akuakultur Marin adalah keterampilan dalam melakukan pemeriksaan kualiti tanah dan air bagi mengesahkan sesuatu tapak projek itu sesuai untuk projek akuakultur marin.
Personel yang terampil dalam unit keterampilan ini seharusnya boleh kenalpasti lokasi dan status tapak ladang ternakan akuakultur marin, periksa sampel tanah, periksa sampel air dan sedia laporan awal tapak cadangan ladang ternakan akuakultur marin.
Hasil keterampilan ini adalah untuk memastikan tapak projek yang dipilih menepati standard Kod Amalan Akuakultur.
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memastikan tapak ladang yang dipilih menepati standard Kod Amalan Akuakultur yang telah ditetapkan. Setelah menyelesaikan Unit Kompetensi ini, pelatih boleh:-
1. Kenalpasti lokasi dan status tapak akuakultur marin
2. Periksa sampel tanah
3. Periksa sampel air
4. Sedia laporan tapak cadangan akuakultur marin
Pra-SyaratTIADA