JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG TERNAKAN AYAM KAMPUNG [A014-003-3:2018]
Kod CUA014-003-3:2018-C07
CompetencyCore
Tajuk CUOPERASI PUSAT PENETASAN AYAM KAMPUNG
Penerangan CUOperasi pusat penetasan ayam adalah aktiviti melaksanakan proses penetasan telur ayam kampung dengan menjaga keperluan tempat penetasan, suhu persekitaran dan pengudaraan dalam tempoh yang tertentu seperti jadual penetasan. Tempat penetasan disediakan terlebih dahulu pemindahan telur yang terpilih mengikut spesifikasi proses penetasan ayam kampung.
Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh lakukan pemindahan telur tetasan ke bilik sejuk, pindahkan telur tetasan ke dalam mesin eraman, lakukan aktiviti pendianan telur tetasan, pilih anak ayam sehari yang menepati piawaian, lakukan aktiviti vaksinasi anak ayam sehari, lakukan proses penghantaran anak ayam dan bersihkan peralatan dan ruang penetasan.

Hasil daripada unit kompetensi ini adalah melaksanakan proses penetasan yang menepati jadual, kurang kadar kematian akhirnya memperoleh hasil penetasan yang berkualiti, kuantiti yang disasarkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk melahirkan seorang pekerja yang mahir dalam melakukan kerja - kerja penetasan ayam kampung mengikut kehendak Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Lakukan pemindahan telur tetasan ke bilik sejuk
2. Pindahkan telur tetasan ke dalam mesin eraman
3. Lakukan aktiviti pendianan telur tetasan
4. Pilih anak ayam sehari yang menepati piawaian
5. Lakukan aktiviti vaksinasi anak ayam sehari
6. Lakukan proses penghantaran anak ayam
7. Bersihkan peralatan dan ruang penetasan
Pra-Syarat0