JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-4:2017]
Kod CUA016-002-4:2017-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPEMANTAUAN PEMBINAAN INFRASTRUKTUR LADANG FERTIG
Penerangan CUPemantauan Pembinaan Infrastruktur Ladang Fertigasi ialah kerja-kerja memastikan pembangunan infrastruktur sesebuah kawasan fertigasi dilaksanakan mengikut masa, spesifikasi dan kehendak pihak berkuasa berkaitan. Kefungsian pembinaan pengairan, saliran, jalan ladang dan bangunan dipastikan boleh digunapakai dan dioperasikan dengan lancar.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Amalan Pertanian Baik (myGAP), spesifikasi infrastruktur, pelan pembinaan infrastruktur, pelan susun atur ladang, tatacara operasi standard ladang, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah pantau penyediaan tapak kawasan, pantau pemasangan infrastruktur SPH ladang fertigasi, pemasangan sistem pengairan fertigasi, pembinaan sistem saliran dan bangunan/ kemudahan operasi mengikut Amalan Pertanian Baik (myGAP), spesifikasi infrastruktur, pelan pembinaan infrastruktur, pelan susun atur ladang, tatacara operasi ladang standard, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasil unit kompetensi ini ialah infrastruktur ladang seperti SPH sistem pengairan fertigasi, sistem saliran dan bangunan/ kemudahan operasi dibangunkan, dipasang, disiapkan dan boleh digunakan dengan betul dan sempurna mengikut piawaian dan spesifikasi yang dikehendaki.
Tempoh Latihan60
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam membuat pemantauan pembinaan infrastruktur ladang seperti SPH sistem pengairan fertigasi, sistem saliran dan bangunan/kemudahan operasi dibangunkan, dipasang, disiapkan dan boleh digunakan dengan betul dan sempurna mengikut piawaian dan spesifikasi yang dikehendaki. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan boleh:- 1) Pantau penyediaan tapak kawasan 2) Pantau pemasangan infrastruktur SPH ladang fertigasi 3) Pantau pemasangan sistem pengairan fertigasi 4) Pantau pembinaan sistem saliran 5) Pantau pembinaan bangunan/kemudahan operasi
Pra-Syarat0