JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN [A032-002-4:2018]
Kod CUA032-002-4:2018-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENTADBIRAN SUMBER BENIH AKUAKULTUR MARIN
Penerangan CUPentadbiran sumber benih akuakultur merupakan urustadbir menjaga kualiti benih ternakan dengan memastikan ianya merupakan benih dari punca yang berkualiti dan dibawah pemerhatian serta kendalian yang sempurna. Benih yang berkualiti merupakan antara faktor utama kadar hidup (survival rate) ternakan hingga kepada pembesarannya.
Mereka yang berketrampilan dalam pentadbiran sumber benih akuakultur marin mesti boleh tentukan sumber benih ternakan akuakultur marin, buat pesanan belian benih, pantau kualiti dan kuantiti benih yang diterima, pantau pengendalian benih yang diterima dan beri taklimat kepada pengurusan berkaitan sumber benih.

Hasil dari keterampilan ini sebuah projek ternakan akuakultur akan mengendalikan benih ternakan dengan teliti, meningkatkan kadar hidup dan menepati sasaran pelan perancangan tempat ternakan serta mematuhi Amalan Akuakultur Baik (MyGAP).
Tempoh Latihan144
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah personel yang telah trampil dalam pentadbiran sumber benih akuakultur berkebolehan mengurus benih ternakan dengan teliti, meningkatkan kadar selamat benih dan menepati sasaran pelan perancangan tempat ternakan serta mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP).

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Tentukan sumber benih ternakan akuakultur marin
2. Buat pesanan belian benih
3. Pantau kualiti dan kuantiti benih yang diterima
4. Pantau pengendalian benih yang diterima
5. Beri taklimat kepada pengurusan berkaitan sumber benih
Pra-Syarat0