JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG TERNAKAN AYAM KAMPUNG [A014-003-3:2018]
Kod CUA014-003-3:2018-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN TELUR AYAM KAMPUNG
Penerangan CUPengendalian telur ayam kampung proses pemilihan dan pengredan telur sajian untuk jualan serta proses pengutipan telur tetasan untuk menghasilkan anak ayam berkualiti yang memenuhi Prosedur Pengendalian Standard (SOP) dan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan mengikut amalan penternakan yang baik.

Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh lakukan aktiviti pengutipan telur sajian, lakukan aktiviti pengredan telur untuk jualan dan lakukan aktiviti pengutipan telur tetasan.

Hasil daripada unit kompetensi ini adalah untuk melahirkan seorang pekerja yang mahir dalam melakukan kerja-kerja pengendalian telur ayam yang berkualiti dan menepati piawaian supaya pengeluaran anak ayam dan telur sajian dapat memenuhi kehendak pasaran dan mengikut kehendak Prosedur Pengendalian Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Tempoh Latihan80
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk melahirkan seorang pekerja yang mahir dalam melakukan kerja - kerja pengendalian telur ayam kampung mengikut kehendak Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Lakukan aktiviti pengutipan telur sajian
2. Lakukan aktiviti penjualan telur
3. Lakukan aktiviti pengutipan telur tetasan
Pra-Syarat0