JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN [A032-002-4:2018]
Kod CUA032-002-4:2018-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN SUMBER KUANTITI DAN KUALITI AIR AKUAKULTUR MARIN
Penerangan CUPengurusan sumber kuantiti dan kualiti air akuakultur marin merupakan antara proses terpenting dalam industri akuakultur marin. Mengurus kualiti dan kuantiti air bagi sebuah ladang akuakultur marin bukan sekadar memastikan ternakan dapat hidup selamat sepanjang masa dan musim malah ianya dapat menjadikan ternakan mempunyai rasa yang lebih enak.
Mereka yang berketrampilan dalam pengurusan sumber dan kualiti air akuakultur mesti boleh tentukan keperluan sumber kuantiti dan kualiti pengairan & saliran, analisis laporan kualiti air, rancang aktiviti pengairan, cadangkan rawatan kualiti air yang berkesan dan beri taklimat kepada pengurusan berkaitan sumber dan kualiti air.
Hasil dari ketrampilan ini sebuah projek ternakan akuakultur yang mempunyai sistem pengairan yang baik, keperluan air untuk ternakan yang terancang dan kualiti air yang tinggi mematuhi Amalan Akuakultur Baik (MyGAP) dapat dihasilkan.
Tempoh Latihan144
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah personel yang telah trampil dalam pengurusan sumber dan kualiti air akuakultur berkebolehan mengurus sebuah projek ternakan akuakultur yang mempunyai sistem pengairan yang baik, keperluan air untuk ternakan yang terancang dan kualiti air yang tinggi yang mematuhi Amalan Akuakultur Baik (MyGAP).

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: -
1. Tentukan keperluan sumber kuantiti dan kualiti pengairan dan saliran
2. Analisis laporan kualiti air
3. Rancang aktiviti pengairan
4. Cadangkan rawatan kualiti air yang berkesan
5. Beri taklimat kepada pengurusan berkaitan sumber dan kualiti air
Pra-Syarat0