JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG TERNAKAN AYAM KAMPUNG [A014-003-3:2018]
Kod CUA014-003-3:2018-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPERINDUKAN ANAK AYAM KAMPUNG
Penerangan CUPerindukan adalah kawasan khas sementara yang disediakan untuk anak ayam yang baru menetas mengikut persekitaran sebenar yang sesuai bagi pembesaran anak ayam kampung. Perindukan anak ayam kampung adalah kemahiran untuk memastikan proses kemasukkan anak ayam kampung dalam kawasan perindukan diselenggara dan dipantau dengan kaedah dan cara yang betul mengikut kepada Prosedur Pengendalian Standard (SOP) dan arahan pihak pengurusan.

Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh lakukan aktiviti pengendalian bidai di reban, sediakan tempat dan peralatan perindukan, masukkan anak ayam dalam perindukan, sediakan suplemen untuk anak ayam, sediakan makanan untuk anak ayam, lakukan penyelenggaraan tempat perindukan, lakukan pemotongan paruh anak ayam dan bersihkan peralatan perindukan.

Hasil daripada unit kompetensi ini ialah anak ayam kampung dipastikan berada dalam proses perindukan yang mematuhi spesifikasi, akan kurang kadar kematian dan akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan320
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk melahirkan seorang pekerja yang mahir dalam melakukan kerja - kerja perindukan anak ayam kampung mengikut kehendak Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Lakukan aktiviti pengendalian bidai di reban
2. Sediakan tempat dan peralatan perindukan
3. Masukkan anak ayam dalam perindukan
4. Sediakan suplemen anak ayam
5. Sediakan makanan anak ayam
6. Lakukan penyelenggaraan tempat perindukan
7. Lakukan pemotongan paruh anak ayam
8. Bersihkan peralatan perindukan
Pra-Syarat0