JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN TERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-001-5:2017]
Kod CUA032-001-5:2017-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPERANCANGAN PERNIAGAAN PROJEK AKUAKULTUR
Penerangan CUPerancangan perniagaan projek akuakultur merupakan persediaan secara teliti dan terperinci pelan perniagaan sebuah projek ternakan akuakultur yang meliputi persediaan operasi, pentadbiran dan kewangan. Didalam pelan ini juga digambarkan unjuran jangkamasa pulang modal (ROI) dan adakah projek tersebut berdaya maju atau tidak.
Mereka yang berketrampilan dalam perancangan perniagaan projek akuakultur mesti boleh tentukan jenis projek ternakan akuakultur, menilai cadangan projek ternakan akuakultur, sediakan rancangan perniagaan projek ternakan akuakultur dan bentang rancangan perniagaan projek ternakan akuakultur.

Hasil dari ketrampilan ini sebuah pelan perniagaan yang teliti dan terperinci dapat dihasilkan untuk perancangan projek ternakan akuakultur air tawar yang mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP).


Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranPersonel yang telah trampil dalam perancangan perniagaan projek akuakultur berkebolehan menyediakan sebuah pelan perniagaan yang teliti dan terperinci untuk perancangan projek ternakan akuakultur air tawar yang mematuhi Amalan Pertanian Baik (MyGAP). Setelah menyempurnakan unit kompitensi ini, pelatih pelatih mesti boleh:-
1. Tentukan jenis projek ternakan akuakultur
2. Menilai cadangan projek ternakan akuakultur
3. Sediakan rancangan perniagaan projek ternakan akuakultur
4. Bentang rancangan perniagaan projek ternakan akuakultur
Pra-Syarat0