JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENTADBIRAN OPERASI TERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-001-4:2017]
Kod CUA032-001-4:2017-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN CADANGAN PROJEK AKUAKULTUR
Penerangan CUPenyediaan cadangan projek akuakultur merupakan proses utama dalam kitaran ternakan akuakultur. Cadangan yang lengkap, menyeluruh dan dengan informasi terkini adalah sangat membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang betul. Cadangan yang lengkap ini membolehkan pihak pengurusan menyediakan pelan perniagaan bagi projek ternakan akuakultur.

Mereka yang berketrampilan dalam penyediaan cadangan projek akuakultur mesti boleh untuk kenal pasti keperluan projek ternakan akuakultur, buat kajian maklumat berkaitan kesesuaian tapak projek, buat cadangan plan susunatur infrastruktur ladang berdasarkan sistem biosekuriti, kenalpasti keperluan sumber manusia, automasi, mekanisasi dan peralatan, rancang jadual perlaksanaan projek, buat anggaran budget projek dan buat kertas cadangan projek akuakultur

Hasil dari ketrampilan ini, sebuah kertas cadangan bagi projek ternakan akuakultur air tawar yang menarik, teliti dan lengkap dapat dihasilkan bagi kegunaan untuk memulakan projek baru, pembesaran projek, memohon kemudahan pinjaman atau bantuan daripada agensi perbankan dan awam.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranPersonel yang telah trampil dalampenyediaan cadangan projek akuakultur bagi projek ternakan akuakultur air tawar mampu menyediakan kertas cadangan yang menarik, teliti dan lengkap bagi tujuan memulakan projek baru, pembesaran projek, kemudahan pinjaman atau bantuan dari pada agensi perbankan dan awam. Setelah menyempurnakan unit kompitensi ini, pelatih pelatih mesti boleh:
1. Tentukan keperluan projek ternakan akuakultur
2. Buat kajian maklumat berkaitan kesesuaian tapak projek
3. Buat cadangan plan susunatur infrastruktur ladang berdasarkan sistem biosekuriti
4. Tentukan keperluan sumber manusia, automasi, mekanisasi dan peralatan
5. Rancang jadual perlaksanaan projek
6. Buat anggaran bajet projek
7. Buat kertas cadangan projek akuakultur
Pra-Syarat0