JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG TERNAKAN AYAM KAMPUNG [A014-003-3:2018]
Kod CUA014-003-3:2018-C03
CompetencyCore
Tajuk CUOPERASI PENJAGAAN KESIHATAN AYAM KAMPUNG
Penerangan CUOperasi penjagaan kesihatan ayam kampung ialah aktiviti penjagaan kesihatan ayam kampung sehingga berjaya mendapat pengeluaran yang berkualiti dan selamat kepada pengguna mengikut Prosedur Pengendalian Standard (SOP), program pengurusan kesihatan gerompok, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (MyGap), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh laksanakan pemberian vaksin kepada gerompok anak ayam kampung, periksa kesihatan ayam kampung, lakukan proses persampelan kawalan penyakit, lakukan kerja merawat air minuman dan rekod aktiviti program kesihatan ayam kampung.

Hasil daripada unit kompetensi ini ialah kesihatan ayam kampung yang terkawal dan dipantau dari jangkitan penyakit seterusnya mengeluarkan hasil pada kuantiti dan kualiti yang disasarkan dengan harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk melahirkan seorang pekerja yang mahir dalam melakukan kerja - kerja penjagaan kesihatan ayam kampung mengikut kehendak Prosedur Pengendalian Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Laksanakan pemberian vaksin kepada gerompok anak ayam kampung
2. Periksa kesihatan ayam kampung
3. Lakukan proses persampelan kawalan penyakit
4. Lakukan kerja merawat air minuman
5. Rekod aktiviti program kesihatan ayam kampung
Pra-Syarat0