JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG TERNAKAN AYAM KAMPUNG [A014-003-3:2018]
Kod CUA014-003-3:2018-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELENGGARAAN LADANG TERNAKAN AYAM KAMPUNG
Penerangan CUPenyelenggaraan ladang ayam adalah kemahiran untuk memastikan reban ayam diselenggarakan mengikut tahap keperluan dalam penternakan ayam kampung dengan merujuk kepada Prosedur Pengendalian Standard (SOP) dan arahan pihak pengurusan.

Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh lakukan kawalan makhluk perosak di sekeliling reban, lakukan penyelenggaraan kawasan lepas bebas, lakukan penyelenggaraan dan pembersihan reban, lakukan penyelenggaraan dan pembersihan peralatan reban dan lakukan nyahkuman reban.

Hasil daripada unit kompetensi ini adalah untuk melahirkan seorang pekerja yang mahir dalam melakukan kerja - kerja penyelenggaran ladang ayam supaya ternakan ayam kampung dapat dijalankan secara sistematik dan mampu beroperasi mengikut perancangan organisasi.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk melahirkan seorang pekerja yang mahir dalam melakukan kerja - kerja penyelenggaraan ladang ternakan ayam kampung mengikut kehendak Prosedur Pengendalian Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Lakukan aktiviti kawalan makhluk perosak di sekeliling reban
2. Lakukan penyelenggaraan kawasan lepas bebas
3. Lakukan penyelenggaraan dan pembersihan reban
4. Lakukan penyelenggaraan dan pembersihan peralatan reban
5. Lakukan nyahkuman reban
Pra-Syarat0