JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI TEKNOLOGI FERTIGASI [A016-002-4:2017]
Kod CUA016-002-4:2017-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPEMANTAUAN PRAPEMBINAAN INFRASTRUKTUR LADANG FERTIGASI
Penerangan CUPemantauan Pra Pembinaan Infrastruktur Ladang Fertigasi ialah aktiviti pemeriksaan terhadap keperluan yang berkaitan dengan pembinaan infrastruktur untuk sesebuah ladang fertigasi termasuk kebenaran dan kehendak pihak berkuasa serta penyediaan laporan analisa tersebut. Keadaan topografi kawasan juga dikenalpasti memenuhi piawaian yang dikehendaki untuk mengoptimumkan kepadatan dan kesesuaian sesuatu tanaman.

Individu yang berketerampilan mampu memahami Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.
Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah memeriksa keperluan pembinaan infrastruktur fertigasi, menyediakan keperluan untuk kerja mengukur kawasan, memeriksa kawasan pembinaan infrastruktur ladang fertigasi dan menyediakan laporan pemantauan pra pembinaan infrastruktur ladang fertigasi mengikut Dasar Agro Makanan Negara, Amalan Pertanian Baik (myGAP), keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasil unit kompetensi ini ialah laporan pemantauan pemantauan pra pembinaan infrastruktur ladang fertigasi akan dapat disediakan dengan betul dan terperinci berdasarkan maklumat yang lengkap dan tepat hasil dari pemeriksaan awal kawasan yang akan dijadikan ladang fertigasi
Tempoh Latihan60
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah perantis berkemahiran dalam membuat pemeriksaan, penyediaan dan membuat laporan pemantauan pra pembinaan infrastruktur ladang fertigasi dengan betul dan terperinci berdasarkan maklumat yang lengkap dan tepat hasil dari pemeriksaan awal kawasan yang akan dijadikan ladang fertigasi serta menepati Dasar Agro Makanan Negara (DAN). Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan boleh:- 1) Selaraskan kerja pengasingan dan pembersihan hasil tuaian 2) Selaraskan kerja penggredan hasil tuaian 3) Selaraskan kerja rawatan hasil tuaian 4) Selaraskan kerja pembungkusan 5) Selaraskan aktiviti penyimpanan 6) Pantau aktiviti pengendalian logistik 7) Sedia laporan keseluruhan pengendalian pasca tuai
Pra-Syarat0