JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG TERNAKAN AYAM KAMPUNG [A014-003-3:2018]
Kod CUA014-003-3:2018-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPELAKSANAAN SISTEM BIOSEKURITI
Penerangan CUPelaksanaan Sistem Biosekuriti adalah suatu proses pencegahan pencegahan, pengawalan dan pembasmian jangkitan penyakit dan perosak yang menyebabkan kematian ayam kampung. Antara infrastruktur yang penting dalam pengawalan biosekuriti di ladang ternakan ayam kampung ialah kondisi pagar ladang yang merangkumi pagar keliling dan gate/pintu masuk. Langkah pencegahan dan keselamatan dilaksanakan terhadap faktor yang boleh membawa wabak penyakit/kuman termasuk makanan, air, induk, kenderaan, peralatan dan personel yang keluar masuk ladang. Aspek kebersihan ,tatacara dan kaedah disinfeksi yang betul dititikberatkan dalam operasi perladangan, serta kawalan pergerakan keluar masuk ladang mengikut amalan penternakan yang baik dengan mengikut Prosedur Pengendalian Standard (SOP) dan arahan daripada pihak pengurusan.

Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh lakukan nyahkuman personel ke ladang ternakan, lakukan nyahkuman kenderaan ke ladang ternakan, kawal makhluk perosak, selenggara perparitan dan pemagaran ladang, lupus bahan buangan dan rawat air kumbahan ladang.

Hasil unit kompetensi ini ialah pencegahan, pengawalan dan pembasmian kuman dilaksanakan bagi menjamin keselamatan ladang ternakan ayam kampung. Akhirnya organisasi memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah untuk melahirkan seorang pekerja yang mahir dalam melakukan kerja - kerja pelaksanaan sistem biosekuriti mengikut kehendak Prosedur Pengendalian Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Lakukan nyahkuman personel ke ladang ternakan
2. Lakukan nyahkuman kenderaan ke ladang ternakan
3. Kawal makhluk perosak
4. Selenggara perparitan dan pemagaran ladang
5. Lupus bahan buangan
6. Rawat air kumbahan ladang
Pra-Syarat0