JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI AKUAKULTUR MARIN [A032-002-2:2017]
Kod CUA032-002-2:2017-C08
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN PROSES TUAIAN AKUAKULTUR MARIN
Penerangan CUPengendalian proses tuaian akuakultur marin menerangkan mengenai keterampilan dalam melakukan kerja menuai hasil ternakan akuakultur marin untuk dipasarkan.
Personel yang terampil dalam unit keterampilan ini boleh lakukan persediaan tuaian akuakultur marin, laksana tuaian ternakan akuakultur marin, timbang hasil tuaian ternakan akuakultur marin, bungkus hasil tuaian ternakan akuakultur marin, dan kendali sisa buangan tempat ternakan akuakultur marin.
Hasil keterampilan ini adalah untuk memastikan personel berkemahiran dalam menuai hasil ternakan akuakultur marin yang telah mencapai saiz pasaran mengikut kaedah yang betul.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memastikan tapak ladang yang dipilih menepati standard Kod Amalan Akuakultur yang telah ditetapkan dan dapat dikendali tanpa sebarang masalah. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Lakukan persediaan tuaian akuakultur marin
2. Laksana tuaian ternakan akuakultur marin
3. Timbang hasil tuaian ternakan akuakultur marin
4. Kendali hasil tuaian ternakan akuakultur marin
Pra-Syarat0