JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI AKUAKULTUR MARIN [A032-002-2:2017]
Kod CUA032-002-2:2017-C06
CompetencyCore
Tajuk CUPENJAGAAN KESIHATAN TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN
Penerangan CUPenjagaan kesihatan ternakan akuakultur marin menerangkan mengenai keterampilan dalam melaksana sistem biosekuriti bagi menghalang jangkitan penyakit masuk dan mencegah penyebaran penyakit ke luar dari ladang serta memastikan kesihatan ternakan akuakultur marin sentiasa terpelihara.
Personel yang terampil dalam unit keterampilan ini seharusnya boleh lakukan persediaan penjagaan kesihatan ternakan akuakultur marin, rawat penyakit ladang ternakan akuakultur marin, lupus ternakan akuakultur marin bermasalah dan sedia laporan kesihatan ternakan akuakultur marin.
Hasil keterampilan ini adalah untuk memastikan ladang ternakan akuakultur marin sentiasa selamat dari serangan penyakit dan kesihatan ternakan akuakultur marin sentiasa terpelihara.
Panduan tambahan penjagaan kesihatan ternakan akuakultur marin merujuk kepada Risalah keluaran Jabatan Perikanan Malaysia – Siri Panduan Penyakit Ikan, Buku keluaran Jabatan Perikanan Malaysia – Penyakit Parasit Ikan Air Tawar, Buku Panduan 1/96 dan Risalah keluaran Jabatan Perikanan Malaysia-ebiosekuriti: Sistem Pengurusan Dan Pemantauan Rasmi.
Tempoh Latihan110
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memastikan tapak ladang yang dipilih menepati standard Kod Amalan Akuakultur yang telah ditetapkan dan dapat dikendali tanpa sebarang masalah. Setelah menyelesaikan Unit Kompetensi ini, pelatih boleh:-
1. Lakukan persediaan penjagaan kesihatan ternakan akuakultur marin
2. Rawat ternakan akuakultur marin berpenyakit
3. Lupus ternakan akuakultur marin berpenyakit
Pra-Syarat0