JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI LADANG KELULUT [A014-004-3:2018]
Kod CUA014-004-3:2018-C05
CompetencyCore
Tajuk CUFUNGSI PENYELIAAN MELIPONIKULTUR
Penerangan CUFungsi Penyeliaan Meliponikultur adalah kemahiran dalam melaksanakan tanggungjawab pentadbiran dan penguatkuasaan peraturan & prosedur syarikat. Unit kompetensi ini menggariskan skop kerja umum seorang penyelia sepertimana yang dinyatakan dalam deskripsi tugasan yang dikeluarkan syarikat.

Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh kawal disiplin pekerja, lakukan semakan inventori perkakasan, peralatan dan bahan kerja, sediakan jadual dan upah kerja ladang, kendali latihan dalaman, lakukan taklimat kerja, dan selia penilaian prestasi pekerja.

Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk menguatkuasa dan melaksana tugas-tugas penyeliaan operasi ladang kelulut berdasarkan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) syarikat dan Amalan Pertanian Baik Meliponikultur MS 2679 (APB MS2679).
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk menguatkuasa dan melaksana tugas-tugas penyeliaan operasi ladang kelulut berdasarkan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) syarikat dan Amalan Pertanian Baik Meliponikultur MS 2679 (APB MS2679).

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kawal disiplin pekerja
2. Lakukan semakan inventori perkakasan, peralatan dan bahan kerja
3. Sediakan jadual dan upah kerja ladang
4. Kendali latihan dalaman
5. Lakukan taklimat kerja
6. Selia penilaian prestasi pekerja
Pra-SyaratTIADA