JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI LADANG KELULUT [A014-004-3:2018]
Kod CUA014-004-3:2018-C04
CompetencyCore
Tajuk CUJUALAN DAN PEMASARAN PRODUK & PERKHIDMATAN MELIPONIKULTUR
Penerangan CUJualan dan Pemasaran Produk & Perkhidmatan adalah kemahiran dalam melaksanakan aktiviti jualan dan promosi produk & perkhidmatan berkaitan meliponikultur bagi mencapai sasaran jualan dan pendapatan yang ditetapkan oleh syarikat.

Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh kenalpasti pelanggan baru dan sedia ada, kumpul maklumat dan data berkaitan pasaran produk & perkhidmatan, lakukan aktiviti jualan dan pemasaran, lakukan aktiviti pengemasan kawasan kerja, dan laporkan aktiviti jualan dan pemasaran.

Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk berurusan dengan pelanggan dalam melaksanakan aktiviti jualan dan pemasaran bagi menambahkan pendapatan dan memaksimakan nilai pulangan pelaburan syarikat.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk berurusan dengan pelanggan dalam melaksanakan aktiviti jualan dan pemasaran bagi menambahkan pendapatan dan memaksimakan nilai pulangan pelaburan syarikat.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kenalpasti pelanggan baru dan sedia ada
2. Kumpul maklumat dan data berkaitan pasaran produk & perkhidmatan
3. Lakukan aktiviti jualan dan pemasaran
4. Lakukan aktiviti pengemasan kawasan kerja
5. Laporkan aktiviti jualan dan pemasaran
Pra-SyaratTIADA