JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI LADANG KELULUT [A014-004-3:2018]
Kod CUA014-004-3:2018-C02
CompetencyCore
Tajuk CUKAWALAN KUALITI PRODUK MENTAH MELIPONINI
Penerangan CUKawalan Kualiti Produk Mentah Meliponini adalah kemahiran dalam pelaksanaan piawaian kualiti bagi memastikan produk yang dihasilkan memenuhi keperluan Amalan Pertanian Baik Meliponikultur MS 2679 (APB MS2679) dan Spesifikasi Madu Kelulut MS 2683.

Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh periksa kualiti madu meliponini, periksa kualiti propolis meliponini, periksa kualiti roti lebah meliponini, periksa kualiti log kayu dan koloni, dan lakukan aktiviti pengemasan kawasan kerja.

Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk mengawalselia aktiviti kerja kawalan kualiti dan memastikan kualiti produk mentah kelulut memenuhi spesifikasi kualiti yang ditetapkan oleh syarikat dan badan kawalselia/ berkanun berkaitan.
Tempoh Latihan300
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk mengawalselia aktiviti kerja kawalan kualiti dan memastikan kualiti produk mentah kelulut memenuhi spesifikasi kualiti yang ditetapkan oleh syarikat dan badan kawalselia/ berkanun berkaitan.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Periksa kualiti madu meliponini
2. Periksa kualiti propolis meliponini
3. Periksa kualiti roti lebah meliponini
4. Periksa kualiti log kayu dan koloni
5. Lakukan aktiviti pengemasan kawasan kerja
Pra-SyaratTIADA