JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI LADANG KELULUT [A014-004-3:2018]
Kod CUA014-004-3:2018-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPEMANTAUAN OPERASI MELIPONIKULTUR
Penerangan CUPemantauan Operasi Meliponikultur adalah kemahiran dalam menyelia aktiviti harian penternakan dan pemeliharaan lebah kelulut bagi memastikan pematuhan kepada Amalan Pertanian Baik Meliponikultur MS 2679 (APB MS2679).

Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh periksa sumber makanan koloni, periksa sumber perosak dan penyakit koloni, lakukan aktiviti pemindahan koloni berkala mengikut keperluan, selia penyelenggaraan topping secara berkala, selia aktiviti keselamatan kawasan ladang, dan laporkan aktiviti pemantauan operasi.

Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk mengawalselia aktiviti dan hasil kerja pembantu ladang mengikut Prosedur Pengendalian Standard (SOP) syarikat dan Amalan Pertanian Baik Meliponikultur MS 2679 (APB MS2679).
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk mengawalselia aktiviti dan hasil kerja pembantu ladang mengikut Prosedur Pengendalian Standard (SOP) syarikat dan Amalan Pertanian Baik Meliponikultur MS 2679 (APB MS2679).

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Periksa sumber makanan koloni
2. Periksa sumber perosak dan penyakit koloni
3. Lakukan aktiviti pemindahan koloni berkala mengikut keperluan
4. Selia penyelenggaraan topping secara berkala
5. Selia aktiviti keselamatan kawasan ladang
6. Laporkan aktiviti pemantauan operasi
Pra-SyaratTIADA