JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG KELULUT [A014-004-2:2018]
Kod CUA014-004-2:2018-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGAWASAN ANCAMAN PEROSAK DAN PENYAKIT
Penerangan CUPengawasan Ancaman Perosak dan Penyakit adalah kemahiran untuk mengawal dan mencegah serangan perosak dan penyakit terhadap koloni mengikut Amalan Pertanian Baik Meliponikultur MS 2679 (APB MS2679).

Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh lakukan aktiviti memeriksa simptom serangan penyakit dan perosak koloni, lakukan tindakan kawalan serangan penyakit dan perosak, lakukan aktiviti pencegahan serangan penyakit dan perosak, lakukan aktiviti pengemasan kawasan kerja, dan laporkan aktiviti pengawasan perosak dan penyakit.

Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk melakukan tindakan awal dalam mengatasi masalah serangan perosak dan penyakit terhadap koloni bagi memastikan kesihatan dan kelestarian koloni berdasarkan APB MS2679.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk melakukan tindakan awal dalam mengatasi masalah serangan perosak dan penyakit terhadap koloni bagi memastikan kesihatan dan kelestarian koloni berdasarkan Amalan Pertanian Baik Meliponikultur.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Periksa simptom serangan penyakit dan perosak koloni
2. Lakukan tindakan kawalan serangan penyakit dan perosak
3. Lakukan aktiviti pencegahan serangan penyakit dan perosak
4. Lakukan aktiviti pengemasan kawasan kerja
5. Laporkan aktiviti pengawasan perosak dan penyakit
Pra-SyaratTIADA