JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG KELULUT [A014-004-2:2018]
Kod CUA014-004-2:2018-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELENGGARAAN KOLONI MELIPONINI
Penerangan CUPenyelenggaraan Koloni Meliponini adalah kemahiran untuk mengendali dan memulihara koloni, peralatan dan kelengkapannya mengikut Amalan Pertanian Baik Meliponikultur MS 2679 (APB MS2679).

Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh melakukan pemindahan log kayu bertopping ke kawasan penternakan, sediakan keperluan kerja penyelenggaraan koloni, periksa corong koloni, selenggara tempat peletakan log kayu bertopping, selenggara topping koloni, periksa kehadiran makhluk perosak dalam topping, dan lakukan aktiviti pengemasan kawasan kerja.

Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk menyelenggara koloni, peralatan dan kelengkapannya bagi memastikan kesihatan dan kelestarian koloni mengikut APB MS2679.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk menyelenggara koloni, peralatan dan kelengkapannya bagi memastikan kesihatan dan kelestarian koloni mengikut Amalan Pertanian Baik Meliponikultur.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Lakukan pemindahan log kayu bertopping ke kawasan penternakan
2. Sediakan keperluan kerja penyelenggaraan koloni
3. Periksa corong koloni
4. Selenggara tempat peletakan log kayu bertopping
5. Selenggara topping koloni
6. Periksa kehadiran perosak dalam topping
7. Lakukan aktiviti pengemasan kawasan kerja
Pra-SyaratTIADA