JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI LADANG KELULUT [A014-004-2:2018]
Kod CUA014-004-2:2018-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBUATAN PERALATAN & KELENGKAPAN MELIPONIKULTUR
Penerangan CUPembuatan Peralatan dan Kelengkapan Meliponikultur adalah kemahiran untuk membina dan memasang struktur topping & komponennya beserta binaan teduhan mengikut Amalan Pertanian Baik Meliponikultur MS 2679 (APB MS2679).

Personel yang terampil dalam unit kompetensi ini seharusnya boleh mengenalpasti keperluan pembuatan peralatan meliponikultur, membuat topping dan komponen, membina platform atau gantungan untuk log kayu bertopping, membina teduhan koloni mengikut keperluan, melakukan pemprosesan log kayu, melakukan pemasangan topping, dan melaporkan aktiviti pembuatan peralatan dan kelengkapan meliponikultur.

Hasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk membuat peralatan & kelengkapan asas yang diperlukan dalam meliponikultur bagi memastikan kesihatan dan kelestarian koloni supaya produktiviti adalah pada tahap yang optimum.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah keupayaan untuk membuat peralatan & kelengkapan asas yang diperlukan dalam meliponikultur bagi memastikan kesihatan dan kelestarian koloni supaya produktiviti adalah pada tahap yang optimum.

Diakhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kenalpasti keperluan pembuatan peralatan meliponikultur
2. Buat topping dan komponen
3. Bina tempat peletakan log kayu bertopping
4. Bina teduhan koloni mengikut keperluan
5. Lakukan pemprosesan log kayu berkoloni
6. Lakukan pemasangan topping
7. Laporkan aktiviti pembuatan peralatan & kelengkapan meliponikultur
Pra-SyaratTIADA