JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI AKUAKULTUR MARIN [A032-002-2:2017]
Kod CUA032-002-2:2017-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN TEMPAT TERNAKAN AKUAKULTUR MARIN
Penerangan CUPenyediaan tempat ternakan akuakultur marin menerangkan mengenai keterampilan dalam melakukan kerja menyedia tempat ternakan akuakultur marin yang lengkap dan berfungsi dengan baik.
Personel yang terampil dalam unit keterampilan ini seharusnya boleh pasang sistem ternakan kuakultur marin, periksa sistem ternakan akuakultur marin, sanitasi tempat ternakan akuakultur marin, tabur kapur pada tempat ternakan akuakultur marin (kolam tanah), baja tempat ternakan akuakultur marin, isi air tempat ternakan akuakultur marin (kolam tanah dan tangki), dan sedia laporan penyediaan tempat ternakan akuakultur marin.
Hasil keterampilan ini adalah untuk memastikan tempat ternakan yang disediakan menepati standard Kod Amalan Akuakultur yang telah ditetapkan dan ternakan dapat hidup dengan sempurna.
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memastikan tapak ladang yang dipilih menepati standard Kod Amalan Akuakultur yang telah ditetapkan dan dapat dikendali tanpa sebarang masalah. Setelah menyelesaikan Unit Kompetensi ini, pelatih boleh:-
1. Pasang sistem ternakan akuakultur marin
2. Periksa sistem ternakan akuakultur marin
3. Sanitasi tempat ternakan akuakultur marin
4. Tabur kapur pada tempat ternakan akuakultur marin (kolam tanah)
5. Isi air tempat ternakan akuakultur marin (kolam tanah dan tangki)
6. Baja tempat akuakultur marin (kolam tanah)
Pra-Syarat0