JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN VESEL PENANGKAPAN IKAN [A031-001-4:2017]
Kod CUA031-001-4:2017-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGURUSAN OPERASI PENANGKAPAN IKAN
Penerangan CUPengurusan operasi
penangkapan ikan
merupakan aktiviti bagi
memastikan operasi
penangkapan ikan dapat
dijalankan dengan lancar
mengikut kaedah dan teknik
penangkapan yang betul.
Mereka yang berketrampilan
dalam pengurusan operasi
penangkapan ikan mesti
boleh memeriksa peralatan
bantuan pelayaran,
memeriksa keadaan enjin
dan peralatan menangkap
ikan, mengendali
pergerakan vesel,
menjalankan operasi
penangkapan ikan untuk
pukat jerut, menjalankan
operasi penangkapan ikan
untuk pukat tunda,
menjalankan operasi
penangkapan ikan untuk
bubu, menjalankan operasi
penangkapan ikan untuk
rawai, menjalankan operasi
penangkapan ikan untuk pukat hanyut dan
menjalankan operasi
penangkapan ikan untuk
sauk ikan barat.
Hasil dari keterampilan ini
ialah pengurusan operasi
penangkapan ikan dapat
dijalankan dengan cekap
dan teratur dan dapat
mencapai sasaran hasil
tangkapan.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil daripada unit kompetensi ini ialah memastikan pengurusan operasi penangkapan ikan dapat
dijalankan dengan cekap dan teratur dan dapat mencapai sasaran hasil tangkapan. Setelah
menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
1. Periksa peralatan bantuan pelayaran sebelum membuat pelayaran
2. Periksa keadaan enjin dan peralatan menangkap ikan sebelum membuat pelayaran
3. Kendali pergerakan vesel ke kawasan penangkapan ikan
4. Jalankan operasi penangkapan ikan untuk pukat jerut
5. Jalankan operasi penangkapan ikan untuk pukat tunda
6. Jalankan operasi penangkapan ikan untuk bubu
7. Jalankan operasi penangkapan ikan untuk rawai
8. Jalankan operasi penangkapan ikan untuk pukat hanyut
9. Jalankan operasi penangkapan ikan untuk sauk ikan barat
Pra-Syarat0