JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI DAN TEKNIKAL LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-4:2017]
Kod CUA014-002-4:2017-E02
CompetencyElektif
Tajuk CUPEMANTAUAN PENGELUARAN POLTRI/UNGGAS ORGANIK
Penerangan CUPengawalseliaan Pengeluaran Poltri/Unggas Organik aktiviti mengawas pengeluaran hasil ladang organik sama ada telur, DOC atau ayam daging secara organik. Istilah organik diberi kerana persekitaran yang menitikberatkan suasana semulajadi , serta makanan dan ubat-ubatan/makanan tambahan berasaskan bahan semula jadi seperti kunyit dan lain-lain herba.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah melaksanakan pemilihan lokasi pengeluaran
, melaksanakan penyediaan infrastruktur ladang, menguruskan penyediaan makanan bahan semula jadi/organik dan lakukan pengawasan kesihatan poltri/unggas secara semula jadi (organik) mengikut SOP Penternakan Poltri/Unggas Organik, ,Skim Organik Malaysia, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (myGAP), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.


Hasilan unit kompetensi ini ialah pengeluaran poltri/unggas organik yang lancar dan bersistematik yang menepati unjuran sasaran, hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memastikan pengeluaran poltri/unggas organik yang lancar dan bersistematik yang menepati unjuran sasaran, hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Laksanakan Pemilihan Lokasi Pengeluaran
2. Laksanakan Penyediaan Infrastruktur Ladang
3. Uruskan Penyediaan Makanan Bahan Semula Jadi/Organik
4. Lakukan Pengawasan Kesihatan Poltri/ Unggas Secara Semula Jadi (Organik)
Pra-SyaratTIADA