JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI DAN TEKNIKAL LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-4:2017]
Kod CUA014-002-4:2017-E01
CompetencyElektif
Tajuk CUPEMASARAN PERNIAGAAN HASIL PENGELUARAN POLTRI/UNGGAS
Penerangan CUPemasaran Perniagaan Hasil Pengeluaran Poltri/Unggas aktiviti untuk memasarkan hasil pengeluaran ladang sama ada telur, daging atau DOC. Aktiviti pemasaran dan penjualan hasil ladang dilaksanakan dengan perancangan yang strategik dan tepat memenuhi keperluan pasaran.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat
ialah melaksanakan kaji selidik pasaran poltri/unggas, merancang aktiviti pemasaran, melaksanakan aktiviti pemasaran dan penjualan dan menilai prestasi pencapaian jualan mengikut SOP Operasi Ladang, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (MyGap), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini ialah pemasaran dan penjualan hasil pengeluaran yang berkualiti pada pasaran yang tepat dengan harga yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk melaksanakan aktiviti pemasaran dan penjualan hasil pengeluaran yang berkualiti pada pasaran yang tepat dengan harga yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Laksanakan Kaji Selidik Pasaran Poltri/Unggas
2. Rancang Aktiviti Pemasaran
3. Laksanakan Aktiviti Pemasaran Dan Penjualan
4. Nilai Prestasi Pencapaian Jualan
Pra-SyaratTIADA