JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKAWALAN OPERASI DAN TEKNIKAL LADANG POLTRI / UNGGAS [A014-002-4:2017]
Kod CUA014-002-4:2017-C08
CompetencyCore
Tajuk CUPENGAWALSELIAAN KESIHATAN POLTRI/UNGGAS
Penerangan CUPengawalseliaan Kesihatan Poltri/Unggas ialah aktiviti memantau penjagaan kesihatan poltri/unggas sehingga berjaya mendapat pengeluaran yang berkualiti dan selamat kepada pengguna.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat
ialah memantau pelaksanaan program vaksinasi, pencegahan dan rawatan kesihatan poltri/unggas, memantau aktiviti pengawalan makhluk perosak, menyiasat prestasi status kesihatan dan melaksanakan program pensampelan mengikut SOP Operasi Ladang, program pengurusan kesihatan gerompok, Dasar Agro Makanan Negara (DAN), Amalan Pertanian Baik (MyGap), pasaran semasa, keperluan regulatori dan statutori badan berkuasa serta polisi organisasi.

Hasilan unit kompetensi ini ialah kesihatan poltri/unggas yang terkawal dan dipantau dari jangkitan penyakit seterusnya mengeluarkan hasil pada kuantiti dan kualiti yang disasarkan dengan harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tempoh Latihan70
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini boleh menghasilkan seorang pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memastikan kesihatan poltri/unggas terkawal dan dipantau dari jangkitan penyakit seterusnya mengeluarkan hasil pada kuantiti dan kualiti yang disasarkan dengan harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh:-
1. Pantau Pelaksanaan Program Vaksinasi, pencegahan dan rawatan kesihatan poltri/unggas
2. Pantau Aktiviti Pengawalan Makhluk Perosak
3. Siasat Prestasi Status Kesihatan
4. Laksanakan Program Pensampelan
Pra-SyaratTIADA